Teman Sehati Sejiwa

28 02 2009

Aku pernah dengar kata-kata ini ” Ini surat dari sulaiman, Dengan nama Allah Taala, datanglah kepada kami wahai balkis dalam keadaan menyerah diri.” Satu cerita benar dalam Al-Quran, Terngiang-ngiang dalam benak ku ini, Itu lah Nabi Sulaiman a.s yang diberikan mukjizat menjadi seorang nabi yang manguasai semua di bumi. Jin, haiwan, angin dan manusia. Walaupun begitu tapi tidak pernah ego sombong dengan apa yang di berikan pada nya.





Untuk Islahkan

22 02 2009

Dari pembacaan aku dapati semua berada dekat aku, hanya tabir halimunan yang merabunkan dan membutakan. Suatu ilmu itu ikhlaskah apabila dijual, dibeli dan diberi upah. Ikhlas soal hati! sesiapa tidak akan tahu. Hingga hari itu.





Bagaimana Bermula

11 02 2009

Teori tokoh sains Islam terkenal, Profesor Harun Yahya mengenai sains yang menguatkan akidah menyatakan: “Tidak ada sekecil apapun peristiwa dalam hidup ini terjadi secara kebetulan. Hidup dan nasib nampak kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan sebaliknya, namun setiap elemennya adalah sistem keteraturan daripada sebuah reka bentuk menyeluruh yang sempurna. Ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal.”

“..Semua yang terjadi pada diri kita adalah baik belaka kerana ia pilihan Allah SWT yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita jalani. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kenapa Engkau tidak memakbulkan doaku, wahai Tuhan..?”





Amalan Dengan Niat

11 02 2009

Setiap amalan mesti dimulai dengan niat…

باب كيف كان بدء الوحى إلى رسول الله (ص) وقول الله عزوجل إنا أوحينا إليك كما أوحينا إلى نوح والنبيين من بعده

Bab 1: Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah SAW Dan Firman Allah Ta`Ala Yang Bermaksud; “Sesungguhnya Kami Telah Mewahyukan Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahnya”.

بسنده المتصل منا إلى الأمام الحجة الحافظ امير المؤمنين فى الحديث محمد بن إسماعيل البخارى قال:

١- حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُاللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عَنْهم عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ }

1- Al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair telah menceritakan kepada kami, katanya: “Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: “Yahya bin Said al-Anshari telah menceritakan kepada kami, katanya: “Muhammad bin Ibrahim al-Taimi telah memberitahu kepada saya bahawa dia telah mendengar `Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata: “Saya telah mendengar Umar bin al-Khatthab berkata di atas mimbar: “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatnya. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita maka hijrahnya dikira untuk tujuannya.”








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.